Thursday, 25 August 2011

Sedetik, Sesaat, Seminit dan Sejam.....

Sedetik bersama mu bagai sesaat meninggalkan mu,
Seminit kehilangan mu bagai sejam tidak bersama mu,

Felda.... Ku setia bersama mu,
Felda... Tetap dihati ku,
Felda... Tanpa mu ku tidak akan menjadi sekarang,
Felda... Syukur pada mu ya Rabbi,
Felda... Merealisasi hidup warga felda,
Felda... Pendidikan tidak dilupa,
Felda... Kebajikan tidak diabaikan.......

Apa lagi.... Kami tetap setia bersama FELDA....

Felda 4 Ever n Ever....

Monday, 22 August 2011

Kekosongan Jawatan - Pembantu Tadbir (Perkeranian/Opeasi)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN/OPERASI)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred : Gred N17
Tarikh Buka Permohonan : 20 Ogos 2011
Tarikh Tutup Permohonan : 09 September 2011

Semua permohonan adalah secara online.

Sila mohon menggunakan aplikasi e-jobs yang berada pada menu e-aplikasi

Pengurusan Skim dalam FELDA

FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :
  • Ibu Pejabat
  • Pejabat Kawasan
  • Rancangan
Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.[5] Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.[3] Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.[6] Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan,[7], kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.[8]

Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka.[3] Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.[9]

Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.[7]
Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan.[7] Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.[3]

Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan.

Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri.

Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara.

Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

Sejarah FELDA

FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.[2] Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.[3] Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.[3]
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.[4]

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh 1432 Hijrah/ 2011 Masihi

Assalamualaikum wbt....

To all FELDA Community....

Jes Zailah Sanie mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua warga Felda dari peringkat akar umbi hingga ke hujung nya...

Alhamdulillah, kita sudah berada di hari ke 23 kita berpuasa. So, kawan-kawan semua macam mana dengan pose hari ni..? Ok tak...?

Tinggal beberapa hari sahaja kita bakal meninggalkan Bulan Ramadhan, 1 Syawal bakal menjelang.

Tahun ini, Istimewanya, Bulan Ramadhan diraih dengan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Malaysia Peace....!!!!....

Made by,
Jes Zailah Sanie,
Felda Umas, Tawau.

Jes Zailah Sanie - Setia Bersama FELDA

Felda Hanya 1 di Dunia


Contoh Mata Wang FELDA yang bakal menerajui Dunia anda semua.

Welcome To My World

Assalamualaikum..... wbt....

Hai kawan-kawan warga Felda sekalian....

Setia bersama FELDA kini menjejakkan kaki ke dunia Blogger.

Nice To Meet You'll...

Peace....

Made In By,
Jes Zailah Sanie.